Assalamualaikum
Korang pernah rasa tak mcm mana perasaan jd penganggur ? Serious tak best. Bole jd gile. Bosan sangat. Yee ni yang dapat aku simpulkan. Masuk bulan ni da sebulan aku jd penganggur utk kali kedua. Hahaha mesti korang pelik kan. Apsal lak kali kedua. Meh sini aku cite sikit sejarah pekerjaan aku. Korang jangan lah ikut perangai aku ni, sangat2 tak bagus. Ambil pengajaran ye semua. Kalau boleh aku pun taknak ni sume terjadi, tp aku ada sebab tersendiri.
Feb 2015 - Aku start praktikal kat HQ Tnb Bangsar. Aku suka gile praktikal kat sini. Banyak benda baru aku blaja dari akak2 dan abg2 kat sini. Even tak diberi elaun tp suasana dan persekitaran yg kondusif membuatkan aku semangat nak pergi kerja. Masa ni aku da start sewa kat Vista Angkasa Kerinci. So hari2 aku akan naik train dari Universiti pastu turun kat stesyen Abdullah Hukum. Aku praktikal 3 bulan je. Bulan 5 aku da habis training. Sedih weii. Serious sedih sangat. Sob sob sob. So bermulalah misi mencari kerja. Im a job hunter
June 2015 - Lepas habis training kat tnb, aku gunakan google utk cari kerja. Then aku terjumpa 1 iklan ni. Dia tengah cari org utk kerja call centre tnb. Aku ni pulak kalau dengar je nama tnb, memang cepat tertarik. Aku apply then diorang panggil datang utk interview. First skali kena interview kat teletempt. Kira mcm ejen la teletempt ni. Dia yg akan uruskan dokumen kita hantar kat tnb. Nak masuk tnb pun bukan nya senang. Alhamdulillah lulus interview, aku kena pergi utk stage kedua. Interview dgn tnb sendiri kat Petaling Jaya. Sekali lg, lulus. Bersyukur sangat. So aku kena attend sebulan training. Mase training semua ok, then aku da kena masuk operation means jawab call secara live. Haha menggelabah gila la aku. Tiba2 dapat call english. Ahhh sudah tah apa2 aku cakap ngan customer tu. Sudah nya aku mcm fade up dgn diri aku. Aku rasa mcm x yakin je nak jawab call utk esok hari. Dah la esok tu aku tak sama shift ngan membe aku. Last2 aku hanta surat resign 24 hour
July / August 2015 - Job hunter again. Banyak jugak aku attend interview. Minta kat jobstreet la, by email la, by facebook la. Tawakal je mase ni.
September 2015 - Alhamdulillah aku di terima kerja kat Ku*&%k*af sebagai account assistant. Kerja ni aku apply kat jobstreet. Aku serious tak ingat yang aku pernah apply kat sini sebab masa kat jobstreet tu aku main apply je sampai jobstreet cakap "you have reached your limit". Ahhh gasak la yang penting aku nak apply gak. Mase aku dapat call yang diorang cakap aku lulus interview, meleleh air mata aku wei. Yela da 2 bulan jd pengangur. Aku da start tanam azam yang aku nak kerja sungguh2. Lagipun kerja kat sini sama mcm course yg aku ambil mase study dulu. Kawan2 semua ok, bos pun ok. Tp masa awal2 aku masuk sini, semua cakap "ko tunggu la executive ko masuk, kitorang nak tengok ko tahan ke tak sebab account assistant kat sini tak sampai bapa bulan je berhenti, then ade la muka baru masuk". Tp aku buat tak endah je sebab mase tu aku fikir alaa diorang saje nak test aku ni. Dan masa nya dah tiba, exec aku ni pun da habis cuti bersalin maka bermula la episod duka aku kat sini. Die suruh aku buat tu buat ni, kerah aku mcm2. Buat muka tu tak payah cakap la. Suruh aku amek Ot, tp bila aku amek Ot dia complain aku tak buat kerja. Bila aku nak tanya dia ape aku tak faham, dia taknak explain. Mcm2 la. Senang cita dia ni jenis banyak kerenah. Aku faham la dia tu ketua tp jangan la treat aku ni mcm takde perasaan. Bila dia cakap dengan senior lg sorang ni, bole pulak sopan santun. Tp kalau cakap ngan aku nada tu bukan main nak tinggi je. Panas la aku. Bila aku tengok sorang2 kawan aku bg notis nak bla, aku pun terpaksa la bg notis sbb da tak tahan sangat. Yer aku terpaksa. Mungkin sebab aku takley keje bila org asyik pressure aku. Dan kalini i broke my promise again. Aku sempat keja sini 3 bulan je. Awal December aku pun bla dari sini. Sob sob sob :'(
December 2015/ Januari 2016 - End of the year, pengakhiran yang pilu. Sedih sangat. Aku menganggur. Aku ada pergi interview rural capital anak syarikat mara tp masih dalam proses lagi. Aku mengharap sangat yang aku dapat kerja ni. Cukup lah ini sebagai kerja terakhir aku. Aku tak larat nak tukar2 kerja lagi. Aku ada apply juga customer service utk telekom bangsar. Aku pass interview ni tapi intake march nanti. Lama lagi. Kalau aku tak dapat mara tu, memang aku kerja kat sini je. Lagi pun depan rumah sewa aku je pun. So tak de alasan lagi utk aku tolak kerja ni. Boleh save duit transport utk pergi kerja. Tp aku nak makan apa kalau aku takde duit belanje bulan 1 ngan 2 ni nanti. Sedih wei. Aku sebenarnya tak sanggup nak bg tau ayah aku yg aku da berhenti kerja kat ku*&%&?af. Aku tahu mesti dia hampa nanti. Yela zaman sekarang ni susah nak dapat kerja lagi2 yang office hour. Entah la, doakan aku dapat survive ya :'(
Wednesday, 6 January 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment