Sunday, 10 January 2016

Stress Sangat

Assalamualaikum

Sejak aku berhenti kerja kat K#*%t#r?! aku jadi stress yang teramat. First, aku tak tau mcm mana nak explain kat parent yang aku da berhenti. Diorang kalau bole memang suruh aku bertahan lagi kat situ. Aku tak mampu nak bertahan. Tp alhamdulillah aku dpt keje partime yg cuti sabtu ahad. So senang la sikit kan kalau aku nak balik kampung. Gaji rendah pun takpela.

Second aku stress sebab period aku tak berhenti da dekat 3 - 4 minggu. Aku takut nak jumpe doktor dan dalam masa yang sama aku takut kalau aku ni ada kena penyakit apa2 ke kan. Nauzubillahi min zalik. Ya Allah jauh kan aku dari segala penyakit yang aku sendiri tak mampu untuk menanggung nya.

Last sekali aku stress sebab aku da kecik kan hati abah. Serious aku tak bermaksud pun nak buat abah kecik hati dgn aku. Abah la orang yang paling aku sayang sekali. Bila abah da kecik hati, nak cakap dengan aku pun abah mcm takde mood. So aku pun diam je la. Tp jauh di sudut hati aku, aku nak borak2 dengan abah. Aku balik kampung pun seminggu sekali. Bila cita pasal abah mesti air mata aku nak mengalir. Sebab aku sayang abah sangat2. Abah byk bekorban untuk aku dgn adik2. Abah, farah minta maaf. Kalau la abah baca tulisan ni, farah nak cakap yang farah sayang abah sangat2

Wednesday, 6 January 2016

Pencinta Kucing Sejati

Assalamualaikum

Ada tak antara korang sume yang memang sangat2 sayang kan kucing. Ok yeaahh kita bole geng. Sep sikit. Aku pun mcm korang sayang sangat kucing2 aku kat rumah tu. Kat rumah tu ada la dalam 12 ekor semua nya, termasuk la mak kucing dan anak kucing. Kebanyakan kucing kat rumah aku tu sume kucing mendatang. Tp paling aku sayang sekali bengkok. Bengkok ni memang lahir kat rumah aku dan dia ade adik nama milo. Dia suke teman aku tido, kalau aku balik kampung, waktu tengahri mesti dia nak tido kat bilik aku, malam pun kadang2 dia tido sampai subuh esok nya. Kitorang panggil dia bengkok sebab muka dia sama mcm bengkok kitorang yang pernah hilang dulu. Lari rumah tak dapat nak kesan mana dia pergi. Bawah ni gambar bengkok tengah tido. Orang nak bukak laptop, sibuk dia nak tido tau


Sebenarnya semua kucing aku sayang sama rata. Sebelum bengkok ada 1 kucing favourite aku juga nama dia cumi. Tp dia mati lepas 2 hari aku bg dia ubat yg Dr Vet soh dia makan. Aku rasa serba salah sebab bawak dia pergi vet. Dia sakit muntah2. Takpelah aku dah redha dengan kematiaan dia. Kalau kucing aku nak makan, aku memang tak berkira. Sanggup pergi mydin beli kan ikan or biskut kering diorang. Bg aku bila tengok kucing2 aku makan dan kenyang buatkan aku rasa puas. Takpela habis kan duit sikit untuk diorang, kalau kita x beli sapa lagi nak beli kan. Kucing2 ni bukan ada duit nak pergi beli sendiri. Betul tak ?

Dulu2 masa zaman belajar mana aku minat dengan kucing. Kalau kucing lalu, pandang sebelah mata je. Aku start suka kucing bila aku dapat tahu org yang aku admire suka sangat pada kucing. Dari situ aku da start nak belai2 kucing. Haha. Aku pun tak sangka, pasal kita minat kat seseorang bole buatkan kita jatuh hati terus dengan benda yang dia minat. Terima kasih fareez sebab sy minat kat awak, terus saya jatuh hati kat kucing. Dia da ada awek da pun. Ade hikmah kan dengan setiap apa yang berlaku. Akhirnya, aku jadi pencinta kucing sejati. Yeahhh happy ending. No crush anymore hahaha

Penganggur Terhormat

Assalamualaikum

Korang pernah rasa tak mcm mana perasaan jd penganggur ? Serious tak best. Bole jd gile. Bosan sangat. Yee ni yang dapat aku simpulkan. Masuk bulan ni da sebulan aku jd penganggur utk kali kedua. Hahaha mesti korang pelik kan. Apsal lak kali kedua. Meh sini aku cite sikit sejarah pekerjaan aku. Korang jangan lah ikut perangai aku ni, sangat2 tak bagus. Ambil pengajaran ye semua. Kalau boleh aku pun taknak ni sume terjadi, tp aku ada sebab tersendiri.

Feb 2015 - Aku start praktikal kat HQ Tnb Bangsar. Aku suka gile praktikal kat sini. Banyak benda baru aku blaja dari akak2 dan abg2 kat sini. Even tak diberi elaun tp suasana dan persekitaran yg kondusif membuatkan aku semangat nak pergi kerja. Masa ni aku da start sewa kat Vista Angkasa Kerinci. So hari2 aku akan naik train dari Universiti pastu turun kat stesyen Abdullah Hukum. Aku praktikal 3 bulan je. Bulan 5 aku da habis training. Sedih weii. Serious sedih sangat. Sob sob sob. So bermulalah misi mencari kerja. Im a job hunter

June 2015 - Lepas habis training kat tnb, aku gunakan google utk cari kerja. Then aku terjumpa 1 iklan ni. Dia tengah cari org utk kerja call centre tnb. Aku ni pulak kalau dengar je nama tnb, memang cepat tertarik. Aku apply then diorang panggil datang utk interview. First skali kena interview kat teletempt. Kira mcm ejen la teletempt ni. Dia yg akan uruskan dokumen kita hantar kat tnb. Nak masuk tnb pun bukan nya senang. Alhamdulillah lulus interview, aku kena pergi utk stage kedua. Interview dgn tnb sendiri kat Petaling Jaya. Sekali lg, lulus. Bersyukur sangat. So aku kena attend sebulan training. Mase training semua ok, then aku da kena masuk operation means jawab call secara live. Haha menggelabah gila la aku. Tiba2 dapat call english. Ahhh sudah tah apa2 aku cakap ngan customer tu. Sudah nya aku mcm fade up dgn diri aku. Aku rasa mcm x yakin je nak jawab call utk esok hari. Dah la esok tu aku tak sama shift ngan membe aku. Last2 aku hanta surat resign 24 hour

July / August 2015 - Job hunter again. Banyak jugak aku attend interview. Minta kat jobstreet la, by email la, by facebook la. Tawakal je mase ni.

September 2015 - Alhamdulillah aku di terima kerja kat Ku*&%k*af sebagai account assistant. Kerja ni aku apply kat jobstreet. Aku serious tak ingat yang aku pernah apply kat sini sebab masa kat jobstreet tu aku main apply je sampai jobstreet cakap "you have reached your limit". Ahhh gasak la yang penting aku nak apply gak. Mase aku dapat call yang diorang cakap aku lulus interview, meleleh air mata aku wei. Yela da 2 bulan jd pengangur. Aku da start tanam azam yang aku nak kerja sungguh2. Lagipun kerja kat sini sama mcm course yg aku ambil mase study dulu. Kawan2 semua ok, bos pun ok. Tp masa awal2 aku masuk sini, semua cakap "ko tunggu la executive ko masuk, kitorang nak tengok ko tahan ke tak sebab account assistant kat sini tak sampai bapa bulan je berhenti, then ade la muka baru masuk". Tp aku buat tak endah je sebab mase tu aku fikir alaa diorang saje nak test aku ni. Dan masa nya dah tiba, exec aku ni pun da habis cuti bersalin maka bermula la episod duka aku kat sini. Die suruh aku buat tu buat ni, kerah aku mcm2. Buat muka tu tak payah cakap la. Suruh aku amek Ot, tp bila aku amek Ot dia complain aku tak buat kerja. Bila aku nak tanya dia ape aku tak faham, dia taknak explain. Mcm2 la. Senang cita dia ni jenis banyak kerenah. Aku faham la dia tu ketua tp jangan la treat aku ni mcm takde perasaan. Bila dia cakap dengan senior lg sorang ni, bole pulak sopan santun. Tp kalau cakap ngan aku nada tu bukan main nak tinggi je. Panas la aku. Bila aku tengok sorang2 kawan aku bg notis nak bla, aku pun terpaksa la bg notis sbb da tak tahan sangat. Yer aku terpaksa. Mungkin sebab aku takley keje bila org asyik pressure aku. Dan kalini i broke my promise again. Aku sempat keja sini 3 bulan je. Awal December aku pun bla dari sini. Sob sob sob :'(

December 2015/ Januari 2016 - End of the year, pengakhiran yang pilu. Sedih sangat. Aku menganggur. Aku ada pergi interview rural capital anak syarikat mara tp masih dalam proses lagi. Aku mengharap sangat yang aku dapat kerja ni. Cukup lah ini sebagai kerja terakhir aku. Aku tak larat nak tukar2 kerja lagi. Aku ada apply juga customer service utk telekom bangsar. Aku pass interview ni tapi intake march nanti. Lama lagi. Kalau aku tak dapat mara tu, memang aku kerja kat sini je. Lagi pun depan rumah sewa aku je pun. So tak de alasan lagi utk aku tolak kerja ni. Boleh save duit transport utk pergi kerja. Tp aku nak makan apa kalau aku takde duit belanje bulan 1 ngan 2 ni nanti. Sedih wei. Aku sebenarnya tak sanggup nak bg tau ayah aku yg aku da berhenti kerja kat ku*&%&?af. Aku tahu mesti dia hampa nanti. Yela zaman sekarang ni susah nak dapat kerja lagi2 yang office hour. Entah la, doakan aku dapat survive ya :'(

Saturday, 2 January 2016

Wishlist Tahun Baru

Assalamualaikum

Tiap kali tahun baru menjengah mesti ada azam untuk kita capai. dan semestinya banyak je azam2 carry forward korang dari tahun sebelum2 ni masuk dalam wish listing 2016 kan ? hahaha tak paya nak tipu akak ok sebab akak pun macam korang je sebenarnya. aku nak mulakan 2016 ni dengan penuh sinar tp nampak nya tak berjaya sebab aku tak dapat kerja lagi. kire da sebulan jugak la aku menganggur sejak aku letak jawatan kat kulitkraf awal bulan 12 haritu. bukan suka2 aku nak resign kat situ tp aku tak tahan dgn kerenah penyelia aku. dengan bos dan officemates lain aku ok je. mak bapak aku kalau tau ni mesti marah gile. sebab diorang da warning aku, jangan berhenti selagi belum dapat kerja lain. tapi aku tak tahan sangat. risau tu memang la, sapa tak risau weii jadi penganggur. dahla kau banyak tanggungan. maksud aku kat sini nak kene bayar duit pinjaman tapem(diploma), ptptn(degree), insurans, duit sewa rumah, duit belanja lagi. mana nak cekau pun aku tak tahu. tp nasib baik la duit simpanan gaji bulan 11 hari tu masih ade lg aku simpan.

Aku kalau boleh nak jadi positif je. aku selalu pesan kat diri aku, harungi je apa jua masalah yang datang sebab nya tak kan selamanya masalah tu akan menyelubungi hidup kau. mesti akan ada jalan penyelesaian cuma cepat atau lambat je. nak tak nak aku kena juga lalui hidup aku. aku kena kuat. walaupun aku terpaksa berpura2 untuk jadi kuat. td kan aku kata aku berhenti kerja kan ? sekarang ni aku tengah pikir mcm mana la cara nak bg tau parent aku yang aku da berhenti kerja. aku kena cepat2 dapat kan keje lain. tp zaman sekarang ni susah jugak nak cari kerja. serious susah even kau ada degree sekalipun. aku kena perbaiki diri aku supaya majikan2 kat luar sana tu yakin nak ambik aku jadi pekerja diorang. dan aku perlu kurus. yessss kurus. sebabnya aku jadi terlalu rendah diri di sebabkan faktor saiz badan aku sekarang. dan kat bawah ni ade la sikit wish list aku untuk tahun ni. aku harap impian2 aku akan tercapai, amin


1 - Insurans (  )
2 - Kurus 
3 - Kerja
4 - Kereta
5 - Rumah
6 - Kahwin